skip to main |
skip to sidebar
SUNAN GUNUNG JATI
- Nama asalnya: Muhammad Nuruddin, Syeikh Nurullah, Sayyid Kamil, Bulkiyyah, Syeikh Madzukurullah, Syarif Hidayatullah, Makdunm Jati.
- Lahir sekitar 1450M@ 1448M, meninggal sekitar 1568M.
- Gelaran: Sunan Gunung Jati @ Faletehan atau Fatahillah (mungkin menantu beliau) dan Syarif Hidayatullah
- Ketururunan: Ayah beliau adalah Syarif Abdullah bin Jamaluddin Akbar (Gujarat, India) dan silsilah keturunan berasal dari Hadramaut dan bertemu dengan Rasulullah (SAW) melalui Imam Husain.
- Perkahwinan: Berkahwin bebepa kali, kahwin dengan Nyai Kawunganten memperolehi Ratu Wulung dan Maulana Hasanuddin yang kemudiannya menjadi Sultan Banten. Kahwin dengan dua orang puteri Cirebon, kahwin dengan Nyi Mas Tepasari dan dikatakan kahwin dengan seorang puteri China.
- Watak: ulama yang karismatik, wali pendakwah dan raja, negarwan yang baik
- Sumbangan : Beliau berperanan membangun kota Cirebon sekembali belajar di Timur Tengah kerana kota ini tiada pewarisnya
- Penyebaran Islam melalui kuasa politik e.i mengislamkan daerah Priangan
- Berperanan sebagai hakim kepada kes Syeikh Siti Jenar
- Berperanan membentuk armada Kesultanan Banten, Demak dan Cirebon dengan misi mengusir Portugis
- Sebagai pengasas konsep negara Islam, Kesultanan Banten maju dan makmur sampai puncaknya 1650-1680M
- Peninggalan: Masjid Agung Cirebon, Makam Sunan Gunung Jati
0 ulasan:
Catat Ulasan