Ads 468x60px

Labels

Ahad, 22 Julai 2012

SUNAN KALIJAGA

  • Nama asalnya: Raden Said, putera Adipati Tuban, Temenggung Wilatikta (Raden Sahur)
  • Gelaran: Sunan Kalijaga @ Raden Abdurrahman @ Pangeran Tuban @Brandal Lokajaya @ Wali Pujangga @ Syeikh Malaya 
  • Asal usul: Lahir di Jepara berketurunan ulama 
  • Watak; seorang cerdas dan pintar; mempunyai pelbagai kecekapan, berjiwa rakyat dan berkorban untuk golongan miskin, sebelum bergelar wali beliau sanggup merompak harta orang-orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin. Beliau disedarkan dengan kata-kata, “Jika kau mencuci pakaianmu yang kotor dengan air kencing, apakah tindakamu itu benar?” 
  • Profesyen : Pendakwah/Ahli budaya/ 
  • Sumbangan : Sebagai mubaligh yang menyiarkan Islam secara mengembara 
  • Menggunakan pendekatan dakwah yang sederhana dan mudah 
  • Kesenian rakyat seperti gamelan, gendang, dendangan lagu sebagai alat Dakwah. 
  • Sebagai ahli budaya beliau mencipta; fesyen pakaian taqwa, mencipta lagu yang menggabungkan melodi Arab dan Jawa, mencipta seni ukir, gemelan, beduk di masjid, gerebek maulud, gong Sekaten, wayang kulit dan sebagai dalang. 
  • Peninggalan: Masjid Kadilangu, Demak (dulunya sebuah langgar ) Makam Sunan Kalijaga di desa Kadilangu, Demak

0 ulasan:

Catat Ulasan